Salam nampaknya gambar ini menjadi viral semalam dan saya ucapkan terima kasih kpd yg share kekecewaan kami terhadap media Malaysia ..
Dan ada juga yg kata kami overclaim kejayaan ini dan cakap bukan anak tempatan yg setup moto selama 7 pusingan ARRC berlangsung .
So biar saya jelaskan ..
Jentera BMW S1000rr ini dibeli saya ulangi di beli dgn harga 95 ribu euro tak termasuk parts utk 14 race .::
Dalam package ini engine di pasang di BMW Motorad dan segala accessori di pasang di Alpha Racing ...
Ada juga yg tak dtg dari Alpha seperti SC PROJECT , Alpha guna akrapovic utk semua jentera mereka .. Dan juga kami guna sprintfilter utk airfilter serta menukar sistem brek kpd Brembo ...
Dan kami juga menggunakan khidmat Peter Shouten sebagai data engineer kami ..
Moto tersebut dipasang di Alpha racing dan dihantar sekitar November tahun lalu dan semenjak ianya sampai motor ini diselenggara oleh crew TKKR yg di ketuai oleh Saudara Raja Zaini pedrosa , Najib HKM yoshimura , Hafiz stiletto Gemuk ( sori bro ) Hafiz krueger kurus 🙂 , ijam kageyama, mudzaffar arshad de papang nieto kungkrapkung dan ayah Nasa prapbomprakk ...
Kami mmg kurang satu crew sebab bajet takde ...
Mula mula mmg berhajat utk bawak crew alpha racing tetapi kos per hari jatuh kpd 400 euro sehari dan itu pun dah lepas diskaun ..
Utk pengetahuan crew crew factory japan seperti honda , yamaha , kawasaki membayar crew chief mereka sekitar 100 k usd utk satu season dan confirm kami tak mampu nak bayar ..
So saya letak 100% trust kpd Crew Malaysia ..
Dan Alhamdulillah kami Champion ..
Dan mungkin agak sukar utk org percaya tapi saya tak kesah pun sebab benda tu biasa di Malaysia ni ..
Kalau Melayu takde la nampaknya kan ..
Lagi satu pemilihan BMW sebagai jentera dibuat kerana saya tau hanya BMW mempunyai peluang utk kami dapat full factory support kalau kami menang tahun ni ...
Kalau Yamaha , Honda , Kawasaki diorang mmg ada factory team yg bertanding ..
Nak pakai Ducati adehhh pishang bos mahal giler ..
So sebab mmg saya Mat BMW ( bukan claim ye ) so saya berpendapat jentera BMW ni ada potensi utk berjaya dan mempunyai nilai komersil yg tinggi ..
So kira memancing la ni ...
Dan ramalan ku benar belaka apabila tahun 2020 kami dapat 4 jentera BMW 2019 baru , parts berjumlah 25 k euro dan perbelanjaan Peter dan marcus reiterberger ditanggung oleh BMW Motorad ...
Alhamdulillah walaupun gaji Rider kami perlu bayar tetapi ianya sangat membantu ..
Utk Lineup crew tahun 2020 kami akan mengekalkan crew sedia ada dan saya percaya orang Malaysia boleh ...
Yg tak boleh orang nak percaya je ..
Ok semua thanks utk share gambar ni ..
Honda dgr cerita bajet utk 2019 ialah 2 juta USD ..
Kami ? Kih kih kih bergadai bosku ....
Lagi satu oiiiii ....
Bila masa aku kawin ngan nenek korang yg korang panggil aku datuk datuk datuk ni ...
Org mcm aku mana layak dpt datuk ... gile ke 🙂
So pada fan kalau nak support boleh check link dibawah ..
www.onexox.my
www.tkkr.my