Tuesday, 31 December 2019

Selamat menempuh tahun 2020

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Bersempena dengan kedatangan Tahun Baru 2020 pada 1 Januari 2020, HQ Onexox akan bercuti selama 1 hari pada hari Rabu 1 Januari 2020. Oleh itu, semua operasi syarikat akan dijalankan semula seperti biasa pada Khamis 2 Januari 2020.
Dalam waktu tersebut, diharapkan segala permohonan/Pendaftaran MNP dapat ditangguhkan bagi mengelakkan kesulitan kelak.
Sekiranya anda mempunyai masalah berhubung talian Onexox, sila hubungi talian 12273 atau emailkan ke dmt@onexox.my berhubung isu pengedar dan cs@onexox.my bagi isu berkaitan pengguna.
SELAMAT TAHUN BARU 2020 DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA ONEXOX.
"2019 diharung penuh cabaran,
Cabaran dinikmati dengan kejayaan,
Yang berlalu jadikan rujukan,
Pastikan 2020 lebih kejayaan"

Sesuatu bakal berlaku e-sim 2020 tunggu


KGE Network Disember 2019

Promosi Dealer RM40 akan berakhir 31 Disember 2019
dan sesuatu yang lebih menarik bakal diumumkan untuk daftar pengedar 2020 tunggu.. 

CEO ONEXOX di Cub Prix Tangak


Cub Prix Tangkak


Onexox Arked Rengit Disember 2019


B89DB pilihan bijak untuk data yang berkualiti


Untuk tahun 2020, 4 jentera BMW 2019 baru

Salam nampaknya gambar ini menjadi viral semalam dan saya ucapkan terima kasih kpd yg share kekecewaan kami terhadap media Malaysia ..

Dan ada juga yg kata kami overclaim kejayaan ini dan cakap bukan anak tempatan yg setup moto selama 7 pusingan ARRC berlangsung .

So biar saya jelaskan ..

Jentera BMW S1000rr ini dibeli saya ulangi di beli dgn harga 95 ribu euro tak termasuk parts utk 14 race .::

Dalam package ini engine di pasang di BMW Motorad dan segala accessori di pasang di Alpha Racing ...

Ada juga yg tak dtg dari Alpha seperti SC PROJECT  , Alpha guna akrapovic utk semua jentera mereka .. Dan juga kami guna sprintfilter utk airfilter serta menukar sistem brek kpd Brembo ...

Dan kami juga menggunakan khidmat Peter Shouten sebagai data engineer kami ..

Moto tersebut dipasang di Alpha racing dan dihantar sekitar November tahun lalu dan semenjak ianya sampai motor ini diselenggara oleh crew TKKR yg di ketuai oleh Saudara Raja Zaini pedrosa , Najib HKM yoshimura , Hafiz stiletto Gemuk ( sori bro ) Hafiz krueger kurus 🙂 , ijam kageyama, mudzaffar arshad de papang nieto kungkrapkung  dan ayah Nasa prapbomprakk ...

Kami mmg kurang satu crew sebab bajet takde ...

Mula mula mmg berhajat utk bawak crew alpha racing tetapi kos per hari jatuh kpd 400 euro sehari dan itu pun dah lepas diskaun ..

Utk pengetahuan crew crew factory japan seperti honda , yamaha , kawasaki membayar crew chief mereka sekitar 100 k usd utk satu season dan confirm kami tak mampu nak bayar ..

So saya letak 100% trust kpd Crew Malaysia ..

Dan Alhamdulillah kami Champion ..

Dan mungkin agak sukar utk org percaya tapi saya tak kesah pun sebab benda tu biasa di Malaysia ni ..

Kalau Melayu takde la nampaknya kan ..

Lagi satu pemilihan BMW sebagai jentera dibuat kerana saya tau hanya BMW mempunyai peluang utk kami dapat full factory support kalau kami menang tahun ni ...

Kalau Yamaha , Honda , Kawasaki diorang mmg ada factory team yg bertanding ..

Nak pakai Ducati adehhh pishang bos mahal giler ..

So sebab mmg saya Mat BMW ( bukan claim ye ) so saya berpendapat jentera BMW ni ada potensi utk berjaya dan mempunyai nilai komersil yg tinggi ..

So kira memancing la ni ...

Dan ramalan ku benar belaka apabila tahun 2020 kami dapat 4 jentera BMW 2019 baru , parts berjumlah 25 k euro dan perbelanjaan Peter dan marcus reiterberger ditanggung oleh BMW Motorad ...

Alhamdulillah walaupun gaji Rider kami perlu bayar tetapi ianya sangat membantu ..

Utk Lineup crew tahun 2020 kami akan mengekalkan crew sedia ada dan saya percaya orang Malaysia boleh ...

Yg tak boleh orang nak percaya je ..

Ok semua thanks utk share gambar ni ..

Honda dgr cerita bajet utk 2019 ialah 2 juta USD ..

Kami ? Kih kih kih bergadai bosku ....

Lagi satu oiiiii ....

Bila masa aku kawin ngan nenek korang yg korang panggil aku datuk datuk datuk ni ...

Org mcm aku mana layak dpt datuk ... gile ke 🙂 

So pada fan kalau nak support boleh check link dibawah ..

www.onexox.my
www.tkkr.my

Tambah nilai ONEXOX PREPAID & ONEXOX BLACK

## MEMO PENYELARASAN KAEDAH TAMBAH NILAI ##

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Berkuatkuasa 5 Disember 2019, kaedah tambah nilai bagi ONEXOX Prepaid & ONEXOX Black telah diselaraskan.

ONEXOX PREPAID & ONEXOX BLACK

USSD *150#

- Dail *150*2*<16 digit kod pin># dan tekan butang panggil.

ATAU

SMS 22111

- Taip REC<jarak><16 digit kod pin> dan hantar ke 22111

Rujuk memo untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

ARENA PERMOTORAN mampu menjadi CHAMPION ASIA?

❓SIAPA SANGKA pasukan yang masih baru dalan ARENA PERMOTORAN mampu menjadi CHAMPION ASIA!

❓SIAPA SANGKA pasukan ANAK TEMPATAN mampu menjadi CHAMPION ASIA!

❓SIAPA SANGKA pasukan yang TIADA BAJET YANG TINGGI untuk JENTERA dan PENGURUSAN mampu menjadi CHAMPION ASIA!

❓SIAPA SANGKA pasukan yang TIADA SPONSOR YANG BESAR tapi mampu menjadi CHAMPION ASIA!

❓SIAPA SANGKA pasukan yang TIDAK TERKENAL dab PASUKAN yang pernah DITERTAWAKAN mampu menjadi CHAMPION ASIA!

Inilah dia Onexox TKKR SAG Team. Walaupun pasukan ini kerdil tapi mempunyai impian yang sangat tinggi. 

Hal ini terbukti apabila pasukan ini telah mencapai pelbagai kejayaan di semua peringkat dan kejohanan baik dalan negara mahupun di luar negara.

Di sebalik kejayaan pasukan ONEXOX TKKR SAG RACING TEAM adalah hasil usaha dan kerjasama pelumba² dan krew² team. 

Namun begitu tidak lupa juga seorang insan yang mahu kan industri permotoran ini berkembang maju. ENCIK BOBIE FARID SHAMSUDIN yang kami sayangi dan hormati.

Dia lah CEO SYARIKAT TELEKOMUNIKASI ONEXOX. Dia juga lah PRINCIPAL TKKR sekaligus membentuk ONEXOX TKKR SAG RACING TEAM.

Walaupun tiada bajet yang tinggi, pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh beliau demi cintakan sukan permotoran. 

Beliau telah buktikan dengan PENGURUSAN YANG BAIK mampu mewujudkan PASUKAN YANG HEBAT.

Tidak dinafikan sukan permotoran ini memerlukan BELANJA YANG TINGGI lebih² lagi bagi kejohanan di LUAR NEGARA. 

Namun begitu beliau tetap berusaha mencari sponsor untuk support TEAM. Harap dengan kejayaan yang telah dicapai dapat membuka mata PIHAK BERWAJIB bagi membantu sukan permotoran ini.

Ayuh sama sama kita support PASUKAN ANAK TEMPATAN  KITA dengan subscribe channel #Youtube ONEXOX TKKR (click link di bawah).

Jom GUNA SIMKAD ONEXOX yang mana data internetnya berkelajuan tinggi tanpa sekatan dan lebih PENJIMATAN. 

Dengan sokongan anda mampu menaikan lagi brand ONEXOX. Setakat ini walaupun tanpa iklan di mana², PENGGUNA telco ONEXOX telah MENCAPAI 3.1JUTA ORANG PELANGGAN! HEBAT, kan?

TAHNIAH BUAT RIDER DAN KREW² PASUKAN ONEXOX TKKR SAG RACING TEAM atas segala usaha keras dan kejayaan.

BERSATU KITA AKAN LEBIH TEGUH! 💪💪💪
TERUS MAJU KE DEPAN MENCAPAI IMPIAN!

#OutThereWeAreOne
#OnlyTheStrongestSurvive

Best Mobile Virtual Network Operator (MVNO)

Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas undian anda!

Kami telah berjaya memenangi 'Best Mobile Virtual Network Operator (MVNO)' dalam Anugerah Produk Terbaik PC.Com 2019!

Kami ingin melahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas perjalanan yang penuh bermakna ini.

Kami akan terus menyediakan perkhidmatan mudah alih yang lebih baik kepada anda semua!

#XOX #XOXMalaysia #Onexox

Litar bertaraf antarabangsa bakal dibina di Perlis

Salam Semua 

Setelah proposal kami di Negeri Sembilan nampak agak sejuk , kami mencuba lagi di Utara Tanah Air iaitu di negeri Perlis ...

Litar Buriram Thailand begitu kuat menjadi inspirasi kami utk terus mencuba ..

Kita tau yg Negeri Perlis memerlukan sesuatu untuk memastikan Negeri ini menjadi lebih berdaya saing dgn negeri negeri lain ...  

Untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub sukan lumba motor dan kereta , 

Litar Litar bertaraf antarabangsa perlu diadakan dan juga ianya banyak membantu ekonomi setempat , peluang pekerjaan , sektor pelancongan dan perhotelan dan banyak lagi sebenarnya ...

Kos awal litar sebegini mungkin mencecah 80 juta ringgit ...

Tidak segah litar Sepang tetapi mengikut model litar diburiram kami akan mencuba menjadikan ianya suatu realiti jika mendapat sokongan kerajaan Negeri ..

Mmg banyak yg skeptikal kejayaan sesuatu projek seperti ini tetapi saya lebih merasakan aspek pengurusan , ketelusan dan visi dan misi adalah menjadi punca kelemahan sebelum ini ...

Kami amat memerlukan support dari Rakyat Malaysia agar ianya dapat di realisasikan ..

Anda boleh menyokong projek ini dengan share posting ini dan komen dibawah ..

Mana tau dgn sokongan anda dan posting ini menjadi viral kerajaan negeri akan membuka mata dgn aspirasi ini ...

Terima Kasih saya dahulukan kpd yg share .. free je bos ku ...

Kalau jadi dah boleh buat King Drag setiap malm minggu mcm di Buriram ..

Meriah oooo ...

#onexox
#tkkrracingteam
#otwao
#malaysiacubprix
#asiaroadracing