Wednesday, 21 October 2015

Pedoman

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
PEDOMAN
Rasulullah SAW mengaitkan puasa dengan kesabaran, sebagaimana sabda baginda yang berbunyi:
الصِّيَامُ نِصْفُ الصَّبْرِ.
Ertinya:
“Puasa itu adalah separuh kesabaran”.
(Riwayat al-Turmudzi dan Ibnu Majah) 
Puasa dikatakan separuh kesabaran adalah kerana orang-orang yang sedang berpuasa adalah orang yang sedang bersabar terhadap segala sesuatu, sabar menahan lapar, haus, nafsu seksual, menahan lidah daripada bercakap kotor, menahan keinginan terhadap sesuatu dan seumpamanya.
Bahkan apabila dia dimaki orang atau diajak berkelahi, maka hendaklah dia mengatakan: “Saya sedang berpuasa”.

No comments:

Post a Comment