WAJIB – AKTIFKAN SIMKAD
Setelah SIM kad anda diaktifkan oleh subdealer atau dealer, masukkan simkad ONEXOX dalam hanphone anda, dan buat panggilan pertama ke mana-mana talian nombor.
Pastikan panggilan anda dijawab (diangkat) sekurang-kurangnya 5 saat.
Atau boleh call talian careline 12273 (tidak dikenakan caj panggilan).
Setelah anda buat panggilan pertama anda, anda akan dapat SMS “Subscription is NOW Active!”
Wajib 1: Buat penggilan pertama yang berjawab. Jika dalam masa 30 hari tidak buat sebarang call, simkad akan terminate
Wajib 2: Top up RM5 serta merta setelah anda berjaya buat call pertama yang berjawab di atas. Dengan melakukan 2 perkara ini, anda pasti bahawa pengaktifan sim kad anda berjaya tanpa sebarang masalah. Anda boleh buat call dan anda boleh top up. Lakukan perkara wajib 1 & 2 di atas serta merta, kerana jika terdapat masalah, anda boleh laporkan kepada dealer anda untuk tindakan serta merta
Saranan: Jika anda daftar no baru, saya sarankan anda terus top up RM50 untuk dapatkan tempoh sah 28 bulan. Hubungi dealer anda untuk keterangan lanjut.
Tambah Senarai Family and Friends
Nikmati panggilan 6 sen/30s & 2 sen/SMS untuk 10 Keluarga & Rakan. Kelebihannya boleh daftarkan apa jua nombor (semua rangkaian) termasuk talian tetap. Sila SMS:
a) Tambah Nombor
FNF<jarak>ADD<jarak>NomborTeman & hantar ke 22111
Contoh:
FNF ADD 0123456789
b) Semak Senarai FNF
FNF<jarak>LIST & hantar ke 22111
c) Padam Nombor
FNF<jarak>DEL<jarak>Nombor & hantar ke 22111
USSD SHORT CODE
*150# tekan CALL
Fungsi
-Semak baki
-Tambah nilai
-Langganan internet
-Pindah kredit
-No khidmat pelanggan
-Pilihan bahasa
Semak Baki Akaun
SHORTCUT : Dail *132# dan CALL
SMS : BAL hantar ke 22111
Cara Tambah Topup
Anda boleh topup dimana-mana terminal jualan topup yang menggunakan mesin e-pay seperti di bawah. Katakan saja topup XOX!!
Anda juga boleh dapatkan top up terus dari pengedar ONEXOX.
Boleh juga Topup secara ONLINE (Maybank2u, CIMB Clicks dll) melalui website SELFCARE kami iaitu https://selfcare.xox.com.my Jangan Topup menggunakan KAD GORES atau SMS RELOAD.
Top up akaun ONEXOX anda
Top up hanya boleh dilakukan selepas berjaya membuat panggilan pertama yang berjawab setelah selesai pendaftaran akaun prabayar anda.
Anda boleh membeli top up daripada mana-mana pengedar sah ONEXOX dan pusat-pusat jualan yang dilantik melalui:
a. E-recharge daripada pengedar-pengedar sah ONEXOX.
b. Slip top up/kod elektronik XOX daripada semua terminal e-pay, MOL (Money Online) dan 7Eleven.
c. Top up menerusi portal Self Care
Top up akaun prabayar anda menerusi:
USSD
a. Top up akaun sendiri: dail *132*1*<Pin kod 16-angka>#
b. Top upkan akaun teman anda: dail *132*1*<Pin Kod 16-angka>*<nombor telefon>#
Contoh: *132*1*<Pin Kod 16-angka>*010300XXXX#
SMS
Top up akaun sendiri: taip REC<jarak>PR<jarak><Pin Kod 16-angka> dan hantar ke 22111
Setiap kali anda topup jumlah tertentu, akaun anda akan terus dipecahkan mengikut 2 jenis
Baki Kredit iaitu Akaun DA (Akaun Dedikasi) dan Akaun MA (Akaun Utama)
Fahamkan Akaun DA dan MA
Akaun DA untuk penjimatan kadar panggilan dan SMS. Setiap kali call/sms akan ditolak baki pada akaun DA terdahulu. Jika DA tiada baki, maka caj call/sms akan dikenakan dari baki akaun MA dengan kadar normal rate. Jika ingin lebih penjimatan, apabila akaun DA habis, boleh mula topup. Nilai topup yang besar, akan lebih masuk nilai ke akaun DA.
Akaun MA pula khas untuk data internet. Jika baki MA kurang untuk langgan plan internet, sistem akan automatik tolak akaun DA untuk mencukupkan langganan internet.
Setting Smart Phone / Tab Untuk Internet
Sebelum anda dapat menggunakan internet, anda mestilah membuat sedikit Setting di Handphone / Tab yang anda ingin gunakan.
SETTING > MORE NETWORKS > MOBILE NETWORKS > ACCESS POINT NAMES > CREATE NEW APN
Selepas anda membuat NEW ACCESS POINT NAME (APN), anda pilih tetapan berikut dan RESTART Handphone anda.
Daftar Di Selfcare
Anda digalakkan untuk mendaftar akaun SELFCARE di :https://selfcare.xox.com.my dan klik “REGISTER"
. Isi borang dan ikut arahan yang diberikan.
SELFCARE adalah untuk TOPUP ONLINE, BILL STATEMENT, SENARAI FAMILY & RAKAN, MELANGGAN DAN UPGRADE PELAN INTERNET dan LOYALTY POINT
Daftar Sebagai Sahabat OneXOX
Anda digalakkan untuk mendaftar akaun SAHABAT ONEXOX di :http://onesys.onexox.my dan klik “SIGN UP”. Isi borang dan ikut arahan yang diberikan.
SAHABAT ONEXOX adalah untuk UPDATE BANK AKAUN, PROGRAM USER GET USER, JUMLAH TOPUP PERIBADI, JUMLAH TOPUP KUMPULAN dan INSENTIF/BONUS.
Bantuan Teknikal
Untuk sebarang pertanyaan jika berlaku sebarang kesulitan dari segi teknikal, boleh hubungi :
CARELINE : 12273
Sekian, Selamat Maju Jaya!
http://www.1xoxprepaid.com/ramdionexox
No comments:
Post a Comment